Sunday, 9 December 2012

Berhati-hati menggunakan perisian Android


Aku tahu pada masa kini terlalu ramai yang menggunakan perisian android ini. Terlalu ramai okay! Sebab tak semua phone mahal. Harga RM400 dan kebawah pun dah boleh dapat dan ada app tersebut.

So dinasihatkan disini supaya berhati-hati lah menggunakan perisian ini. Wahh, Aku pun tergolong juga sebagai '
android user' Baca entri penuh >>>

assalamualaikum sahabat, kali ini mr.A rasa nak kongsi sesuatu yang agak boleh dikatakan wajib disebarkan demi umat islam sejagat. terjumpa perkara ini di laman mukabuku semasa menelaah beberapa artikel yang menjadi pilihan.

ini berkisahkan platform android yang mana semakin menular kepopularitian terhadap penggunaanya di kalangan masyarakat kita, masyarakat kat luar dari malaysia pun sama juga. ternyata kecanggihan platform banyak perkara dapat di manfaatkan tapi harus diingat kadang-kadang ada kesalahan yang menyeleweng pemikiran manusia.

kali ini berkisahkan perisian al-Quran di dalam android yang menjadi isu dimana ada ayat suci al-Quran itu diubah. mr.A tidak tahu samada itu sengaja diubah atau mengsengajakan.(berserah kepadaNYA)
perkara ini telah di muatnaikkan di mukabuku untuk perkongsian orang ramai. ini adalah paparan tersebut:

222025_473000812733516_1992589562_n

pada awalnya tidak tahu juga kesalahan, biasa lah, tak semua isi kandungan al-Quran dalam kepala kan, maka mr.A buka al-Quran tenguk bahagian itu. ternyata itu adalah tambahan yang dimuatkan.
kalau perhatikan betul-betul pada bahagian kurungan merah itu seolah tiga kali disebut perkara yang sama, sedangkan di dalam al-Quran yang sebenar tidak ada ayat itu.(boleh rujuk di dalam al-Quran sendiri sekiranya mr.A salah dan tegurkan).

semoga paparan ini menjadi pengajaran untuk kita semua.
p/s: bahaya sungguh perkara sebegini, berhati-hati menggunakanya.
*ini adalah perkongsian bebas,maka artikel ini berhak dikongsi dimana tapi dengan syarat, jangan mengubah isi asal dah gambar asal.

No comments: