Tuesday, 21 January 2014

♥TAHUKAH ANDA???♥

Minyak wangi Estee Lauder bernama 'Country Mist' gagal mencatatkan jualan yang memberangsangkan di German kerana di negara itu perkataan 'mist' bermakna baja. Baja pula boleh membawa konotasi yang buruk kerana melibatkan najis manusia dan haiwan
  
 Haiwan yang bertelur tidak mempunyai pusat

 Sel darah seseorang individu mengambil masa selama 60 saat untuk melengkapkan peredarannya di dalam badan

 Rasa sebiji epal , bawang dan ubi kentang sebenarnya hampir serupa. Perbezaan rasa adalah disebabkan oleh bau buah. Buktinya cuba picit hidung anda dan gigit sedikit daripada setiap buah tersebut. Rasanya pasti manis.

 Sebiji telur burung kasuari bersamaan dengan sebelas biji telur dadar yang dibuat daripada telur ayam.

 Seekor iguana boleh bernafas di dalam air selama 28minit. Seekor serangga mengunakan banyak tenaga untuk terbang selama satu jam, sehingga boleh menyebabkan ia hilang sebanyak satu pertiga daripada jumlah berat badannya. Sotong mempunyai tiga jantung.

 Anagram (kata yang dibentuk dengan menukar susunan huruf-huruf dalam perkataan lain, misalnya buku - kubu) begitu popular di kalangan masyarakat Greek, Roman dan Hebrew suatu ketika dahulu. Ia juga menjadi kegilaan di Eropah semasa Zaman Pertengahan.

 Pendeta Mesir purba mencabut setiap helai bulu roma yang tumbuh di badan mereka. Bangsa Mesir purba percaya bahawa 'Bast' adalah ibu segala kucing yang terdapat di atas muka bumi ini. Mereka juga percaya kucing adalah haiwan suci. Fakta terakhir, Masyarakat Mesir purba mencukur bulu kening sebagai tanda berkabung atas kematian kucing mereka.



 Landak dewasa mempunyai anggaran 30000 batang duri pada badanyya yang tumbuh silih berganti setiap tahun

Seorang tukang masak Afrika-Amerika di Albaniya, New York, dipercayai telah mencipta kerepek ubi kentang sekitar tahun 1865. Malangnya tiada siapa tahu namanya.


 

No comments: